[ Buat yg tersayang ] : ira_syomel

Assalamualaikum WBH dan salam sejahtera. Tiada keistimewaan pada diri aku mahupun tulisan yang aku nukilkan. Semuanya tercoret dalam jurnal peribadi ini menurut rasa hati dan apa yang aku tahu berteraskan sumber...[ selanjutnya ]


    Ketika ini ada pelawat online
    Selamat melayari laman web ini!
 

[ coolmivec + lady iera ]
[ Linda's Wed ] [ Lily's Wed ]
[ Zakila's Wed ][ Azam's Wed ]
[ Kwn SMJS ][ Aktiviti Rehat ]
[ Kembara ][ Kemuncak ]
[ Berbuka Pose ][ Jeram Toi ]



[ coolcryto_romero ]


nak tukar link, pendapat, kritikan, sokongan etc. sila email saya ke:
hai@cmivec.com


Click here to join [ 5st1998 Group ] |Group bebudak SMJS|
Join 5st1998

Powered by Cmivec Studio

Powered by Blogger

  Image Hosted by coo£mivecâ?¢
 
 
 
 
"Adakala Allah menguji kita dengan pelbagai dugaan, untuk menjadikan seseorang insan tersebut merasa apa erti merendah diri, dan sentiasa mengenangkan cinta dan keampunanNya yang akan kekal abadi, tidak seperti manusia."
 
 
 

- Talkin -

Bersama-sama Kita Untuk Menghayatinya
Dimana Pasti Kita Akan Bertemu Dengan Nya...

Maksud Talkin ( Dalam RUMI )
Talkin yang selalu dibaca untuk orang yang meninggal dunia.
Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri ...
kalau tak terasa meremang,
sama2lah kita lebihkan amal ibadat.
Bukanlah perkara yang mudah setelah mambaca
atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik
yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah.
WALLAHU A'LAAMM.

Bismillah hir rah man nir rahim.
Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam,
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa.
Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup
untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur
sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar
kepada orang yang lalai,
dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah!
Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,
melainkan zat Allah Taala.
Ialah Tuhan yang Maha Besar kuasa menghukum,
manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA,
wahai SAYA Bin IBU SAYA,
wahai SAYA Bin IBU SAYA,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah
yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah
dengan sebenar-benarnya melainkan Allah,
dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat
yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir,
maka janganlah berasa gentar dan takut,
janganlah kamu berdukacita dan
risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala,
sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk,
mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata :

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka
dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.
Janganlah berasa gementar,
janganlah cuak dan
janganlah bergopoh-gapah,
biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini :
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku,
malahan solah lima waktu,
puasa di bulan Ramadhan,
mengeluarkan zakat dan
mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan
orang yang beriman adalah saudara aku,
bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap :
"La ila ha illallah Muhammaddur Rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA
tetapkanlah hatimu,
inilah dia suatu dugaan yang paling besar.
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh,
sehingga sampai satu masa kelak,
kamu akan dibangunkan semula
untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
bahawasanya mati ini adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,
berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar,
dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar,
minum di kolam air nabi adalah benar,
ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya,
begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan
membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah
dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu.
Tuhan jua yang menetapkan hati kamu.
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala
menjinakkan hati kamu yang liar,
dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu
yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi
keampunan dan memaafkan kesalahan kamu
serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan,
kami merayu dan bermohon kepadaMu
supaya tidak disiksa mayat ini
dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun
wassallamu alalmursalin
walhamdulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati -
"Kullu nafsin za iqatul maut"
Firman Allah SWT,
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar
berada di dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran,
dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran."
Surah Al-A'sr .
     
  Top Jenaka Pilihan  
 

 

 
  cool's stuff online  
   
  koleksi e-mail pilihan