[ Buat yg tersayang ] : ira_syomel

Assalamualaikum WBH dan salam sejahtera. Tiada keistimewaan pada diri aku mahupun tulisan yang aku nukilkan. Semuanya tercoret dalam jurnal peribadi ini menurut rasa hati dan apa yang aku tahu berteraskan sumber...[ selanjutnya ]


    Ketika ini ada pelawat online
    Selamat melayari laman web ini!
 

[ coolmivec + lady iera ]
[ Linda's Wed ] [ Lily's Wed ]
[ Zakila's Wed ][ Azam's Wed ]
[ Kwn SMJS ][ Aktiviti Rehat ]
[ Kembara ][ Kemuncak ]
[ Berbuka Pose ][ Jeram Toi ]



[ coolcryto_romero ]


nak tukar link, pendapat, kritikan, sokongan etc. sila email saya ke:
hai@cmivec.com


Click here to join [ 5st1998 Group ] |Group bebudak SMJS|
Join 5st1998

Powered by Cmivec Studio

Powered by Blogger

  Image Hosted by coo£mivecâ?¢
 
 
 
 
"Adakala Allah menguji kita dengan pelbagai dugaan, untuk menjadikan seseorang insan tersebut merasa apa erti merendah diri, dan sentiasa mengenangkan cinta dan keampunanNya yang akan kekal abadi, tidak seperti manusia."
 
 
 

[ Diariku ] :: Lepak2

Hmm terase seronok gak boring jugak biler duk memerap kt opis dan kat umah (kalo aku balik ler). Selalunya kalo kat opis, aku rileks jap lepas dua tiga pat jam aku ngadap pc. Biasenye aku tido baca suratkhabar, baca majalah, buat kopi, makan snack cam cekedis, biskot, cekodok atau aku kuar je pie kedai depan opis. Cuma kalo aku benar-benar x de selera nk makan, baru aku pekena maggie cup + milo panas + telor separuh masak. Shedappnyer. Slurpsss.

Cuma pd petang ari jumaat tuw (lupe nk citer) kengkawan aku dtg umah ajak pie usha awek jenjalan. Ingatkan ari tu nk main badminton, rupanya member2 aku yg lain (some of them study kt IPTS) sumer dh balik kampung tanam jagung halaman diaorg. Emm dh lame x main badminton. Ghisau gak aku dgn pertumbuhan perut yg semakin membanggakan membimbangkan sejak 2 tiga menjak nie.

Nanti org ingat aku dan Afdlin Shauki tuw kembar... Hohoho. Aku x sanggup digossipkan dgn dia. Aku x rela. Auwww. Akhirnya aku berjalan ke The Mines ....mcm biase lah ramai sgt marka-marka orang yg dtg bercuti bersama keluarga mereka. Ohhh ... rileks jer aku raser time tuh. Biler kengkawan ajak balik jer raser berat kaki aku nak melangkah pergi. Bukan apa cuma aku sayang nak lepaskan panorama awek-awek dan ragam manusia yg sedang lalu lalang di situ. Melepas aku... x pe lain kali jgn harap aku nak pegi lagik.

[ Diariku ] :: Ewah...

Hmm dah 2-3 pat ari aku x menulis kt blog nie. BZ sket. Byk hal kena settlekan. Malam semalam x dpt nak tido, ntah la kenapa. Aku kalo x de idea atau byk sgt benda nak buat mulalah jadi cam cacing kepanasan. Buat apa pun serba tak kena mungkin sebab x menulis kat blog kot atau aku dah gian nak menulis?. Aku kalau menulis lebih suka ke arah penulisan pendapat di forum atau yang berbentuk perbincangan.

So, aku surf internet carik idea pasal grafik dan design. Sesambil tu aku baca blog² yg superb cam blog Nizam Zakaria dan Sultan Muzaffar. Mereka berdua nie mempunyai weblog terbaik pernah aku baca. Informasi di dalamnya banyak membuka minda dan membina kesedaran dalam dunia pembacaan.

Gaya penulisan mereka begitu tersendiri dan menusuk semangat dan minda aku utk membaca. Jadi baguslah kalau sumber seperti blog² mereka itu diperbanyakkan khususnya dalam memberi informasi yang terkini buat masyarakat. Sumber bacaan yang sedia ada seperti buku, novel, majalah, suratkhabar atau yg lainnya mungkin boleh digantikan dengan penggunaan blog yang lebih canggih sekiranya teknologi utk penggunaan weblog dipertingkatkan terutamanya dalam pendidikan dan kajian. Aku sokong 100% sekiranya ada pihak @ organisasi yang ingin memajukan dunia weblog yang sedia ada kini menjadi tiada batasan. Korang plak macam mana?
     
  Top Jenaka Pilihan  
 

 

 
  cool's stuff online  
   
  koleksi e-mail pilihan