[ Buat yg tersayang ] : ira_syomel

Assalamualaikum WBH dan salam sejahtera. Tiada keistimewaan pada diri aku mahupun tulisan yang aku nukilkan. Semuanya tercoret dalam jurnal peribadi ini menurut rasa hati dan apa yang aku tahu berteraskan sumber...[ selanjutnya ]


    Ketika ini ada pelawat online
    Selamat melayari laman web ini!
 

[ coolmivec + lady iera ]
[ Linda's Wed ] [ Lily's Wed ]
[ Zakila's Wed ][ Azam's Wed ]
[ Kwn SMJS ][ Aktiviti Rehat ]
[ Kembara ][ Kemuncak ]
[ Berbuka Pose ][ Jeram Toi ]



[ coolcryto_romero ]


nak tukar link, pendapat, kritikan, sokongan etc. sila email saya ke:
hai@cmivec.com


Click here to join [ 5st1998 Group ] |Group bebudak SMJS|
Join 5st1998

Powered by Cmivec Studio

Powered by Blogger

  Image Hosted by coo£mivecâ?¢
 
 
 
 
"Adakala Allah menguji kita dengan pelbagai dugaan, untuk menjadikan seseorang insan tersebut merasa apa erti merendah diri, dan sentiasa mengenangkan cinta dan keampunanNya yang akan kekal abadi, tidak seperti manusia."
 
 
 

ArtikeL - CemBuRu



DEFINISI
Adalah ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain, atau ketidak percayaan akan kesetiaan orang yang dicintai, seperti suami, isteri atau kekasih. Cemburu juga boleh wujud dalam persahabatan atau antara adik-beradik seperti kakak dengan adik kandungnya.

KENAPA CEMBURU?
Cemburu dapat dikesan apabila seseorang itu mempunyai perasaan terhadap orang yang dicemburuinya. Oleh itu seringkali kita mendengar orang berkata ‘cemburu tandanya sayang’ yang seolah-olah menggambarkan bahawa cemburu adalah satu standard untuk menilai kasih sayang sesuatu pasangan. Mungkin ini ada benarnya kerana jika kita tidak sayang pada seseorang mengapa mesti kita merasa cemburu terhadapnya. Sesungguhnya sifat cemburuadalah naluri manusia yang amat sukar untuk dibendung.

Ia adalah disebabkan oleh sikap ‘possesive’seseorang terhadap pasangannya. Di mana dalam dirinya ada satu pengakuanjelas (tetapi tidak secara langsung) bahawa pasangannya itu hanya untukdirinya sahaja dan tidak boleh sama sekali diambil atau dikongsi dengan oranglain. Namun begitu sifat terlampau cemburu yang mencapai tahap ‘cemburu buta’ amat tidak digalakkan kerana ia boleh menggugat hubungan sesebuah rumahtangga begitu juga ketiadaan langsung sifat cemburu pula sebenarnya boleh membawa akibat buruk kerana ia boleh menjadi punca pasangan ‘mudah dikebas orang’. Dengan itu terdapat dua jenis cemburu iaitu cemburu yang positif dan cemburu yang negatif.

CEMBURU SINONIM DENGAN WANITA?? YE KERR...
Bila berbicara tentang cemburu juga, ramai menuding jari mengaitkannya dengan kaum hawa di mana mereka beranggapan bahawa kaum wanita inisangat kuat cemburunya. Dalam soal ini, sebenarnya sama ada lelaki mahupunwanita masing-masing mempunyai sifat cemburu. Cuma yang membezakannyaialah tahap cemburu tersebut dan sejauh manakah perasaan cemburu itu berjaya dikawal.

AKU DAN CEMBURU..
Aku kalau cemburu aku mesti termarahkan orang yang aku aku aim tu... senang citer mangsa-mangsanya ialah adik-adik aku, akak aku, kawan-kawan dan tunang aku sendiri... uwaaaa sowiiiiiii... tak sengaja... i luv u all so much.... sebenarnya aku nakkan perhatian... aku akan nangis...nangis dan nangis.... aku rasa org tu dah tak sayang aku.. teruk aku nih kan?? bile aku cemburu ia akan dicampur pula dengan rajuk panjangku... aku ni kadang2 tak pandai kawal perasaan... sampai kadang-kadang aku dah lukakan perasaan orang yang aku sayang... aku tau dia dh terluka... tapi bukan niat aku untuk melukakan perasaannya... aku akan rasa bersalah yang amat sangat... semua kerja yang aku buat semua tak kena.. aku tak boleh lakukan apa-apa pun... sukar aku nak melafazkan maaf walau aku tau aku yang bersalah... tu laa aku ni kekadang ego... ishh entahlah kadang2 soal hati dan perasaan nih sukar untuk dijangka.. aku sendiri sukar untuk memujuk hati sendiri inikan pula untuk memujuk hati orang yang terluka kerana aku... maafkan aku kalau terluka dengan sikapku ini.. aku janji aku akan cuba ubah sikapku ini..
~ lady iera ~

CATATAN TERAKHIR - CEMBURU
CEMBURU ADALAH HAL YANG MULIA
BILA BERDASARKAN PADA AL QURAN DAN AS SUNNAH
CEMBURU ADALAH HAL YANG NISTA
BILA BERDASARKAN KEPADA NAFSU ANGKARA MURKA
CEMBURU ADALAH FITRAH MANUSIA
CEMBURU SEORANG ISTERI KEPADA SUAMINYA
CEMBURU SEORANG SUAMI KEPADA ISTERINYA
ADALAH CEMBURU YANG TELAH TERBIASA
NAMUN ADA CEMBURU YANG LUAR BIASA
CEMBURUNYA PARA NABI DAN SYUHADA
KEPADA MANUSIA-MANUSIA YANG BUKAN PARA NABI DAN SYUHADA
KEPADA MANUSIA YANG SENANTIASA BERCINTA DAN BERKASIH SAYANG DIANTARA HAMBA-HAMBA-NYA
     
  Top Jenaka Pilihan  
 

 

 
  cool's stuff online  
   
  koleksi e-mail pilihan