[ Umum: Amaran Mengenai Swiss Cash Atau Swiss Mutual Fund ] Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia ingin memaklumi orang ramai bahawa Swiss Mutual Fund, sebuah syarikat yang mempromosikan dana Swiss Cash, tidak mempunyai lesen atau dikecualikan daripada keperluan mendapat lesen daripada Bank Negara Malaysia untuk menerima deposit. Syarikat ini juga tidak diberi lesen oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk menjalankan aktiviti atau perkhidmatan pengurusan aset di Malaysia. Dana Swiss Cash yang dipromosikan oleh Swiss Mutual Fund tidak mendapat kelulusan atau pengesahan daripada Suruhanjaya Sekuriti. Dana Swiss Cash ialah program pelaburan berasaskan internet yang dipromosikan oleh Swiss Mutual Fund, sebuah syarikat pengurusan dana yang mendakwa ia berdaftar di luar negeri, dan peluang pelaburan dalam dana itu ditawarkan melalui Internet dan ejen tempatan. Orang ramai hendaklah melabur melalui institusi yang diberi lesen oleh pihak berkuasa sahaja. Sekiranya terdapat keraguan, orang ramai perlu menyemak dengan Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti atau pihak berkuasa lain yang berkaitan mengenai status pelesenan syarikat tempatan atau asing yang berkenaan sebelum membuat sebarang pelaburan. Orang ramai boleh menghubungi Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia untuk membuat sebarang pertanyaan mengenai dana itu: Jabatan Aduan, Suruhanjaya Sekuriti Tel: 03 6204 8999 Fax: 03 6204 8991 E-mail: aduan@seccom.com.my Bank Negara Malaysia Tel: 03 2691 0824 / 2692 6482 / 2698 2810 / 2694 2143 Fax: 03 2698 7467 E-mail: info@bnm.gov.my Bank Negara Malaysia Suruhanjaya Sekuriti 5 September 2006 Labels: umum |
![[ Buat yg tersayang ] : ira_syomel](http://img165.imageshack.us/img165/6895/xxxwj9.jpg)
Assalamualaikum WBH dan salam sejahtera. Tiada keistimewaan pada diri aku mahupun tulisan yang aku nukilkan. Semuanya tercoret dalam jurnal peribadi ini menurut rasa hati dan apa yang aku tahu berteraskan sumber...[ selanjutnya ]
laman Kroni

- [ coo£mivec friendster ]
- [ coo£mivec myspace ]
- [ myladyiera ]
- [ mybest-dad ]
- [ myfather-in-law ]
- [ sritakzim-pae ]
- [ mimie-aryanie ]
- [ hadie-hanie ]
- [ afdlinshauki ]
- [ rtm-bongkar ]
- [ coolcrypto_romero ]
- [ eicad keramat ]
- [ ojadanarin ]
- [ mykidz blogger ]
- [ syurgawjr blog ]
- [ saifulnang ]
- [ nizamzakaria ]
Download @ Muat Turun
News & Information
- BBC News
- CNN.com
- The Star
- Bernama
- News Straits Times
- Malaysia Kini latest update!
- Utusan Malaysia
- Harian Metro
- Berita Harian
Cartoon Site
Books, Novels, Magazines
Comics & Manga

|
|
|


[ Berikan Komen Anda ] ""
hantar komen