Image Hosted by coo£mivec�
 
 
 
 
"Adakala Allah menguji kita dengan pelbagai dugaan, untuk menjadikan seseorang insan tersebut merasa apa erti merendah diri, dan sentiasa mengenangkan cinta dan keampunanNya yang akan kekal abadi, tidak seperti manusia."
 
 
 

Sayang selamanya..


"Ya Allah, Rendahkanlah suaraku bagi mereka..
Perindahlah ucapanku di depan mereka Lunakkanlah watakku
terhadap mereka dan.. Lembutkan hatiku untuk merekaYa
Allah, Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah, Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku atau
hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan
perkenan-Mu ya Allah hanya Engkaulah yang berhak
membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah, Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka
sebelumku, Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang
dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu....
Sesungguhnya engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha
Pengasih diantara semua pengasih.Amin Ya Rabbul
Alamin..Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang
tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana
kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya,
tenaganya, airmatanya, keringatnya.

Istighfarlah, Istighfarlah... Barangsiapa yang matanya
pernah sinis melihat orang tuanya. Atau kata-katanya
sering mengguris hatinya, atau yang jarang
memperdulikandan mendoakannya. Percayalah bahawa anak
yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini. Ayah...
Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu..."

[ Berikan Komen Anda ] "Sayang selamanya.."

hantar komen
     
  Top Jenaka Pilihan  
 

 

 
  cool's stuff online  
   
  koleksi e-mail pilihan