Image Hosted by coo£mivec�
 
 
 
 
"Adakala Allah menguji kita dengan pelbagai dugaan, untuk menjadikan seseorang insan tersebut merasa apa erti merendah diri, dan sentiasa mengenangkan cinta dan keampunanNya yang akan kekal abadi, tidak seperti manusia."
 
 
 

[ Cool ] Bicara Kata


Assalamualaikum WBH dan salam sejahtera. Tiada keistimewaan pada diri aku mahupun tulisan yang aku nukilkan. Semuanya tercoret dalam jurnal peribadi ini menurut rasa hati dan apa yang aku tahu berteraskan sumber dari bahan bacaan seperti buku, majalah, suratkhabar, jurnal, laman-laman web dan pengalaman sendiri.

Bagi aku menulis bukan sahaja dapat membuka minda malah mendidik jiwa agar lebih menghargai serta sedar apa yang tersurat dan yang tersirat di sebalik sesebuah tulisan. Tepuk dada tanyalah hati, sesungguhnya tiada apa yang terbaik dan paling bermakna dalam hidup ini bila kita dapat menghasilkan sesebuah tulisan yang tersendiri mengikut citarasa kita sendiri. Maaflah sekiranya ada ayat-ayat di dalam jurnal buruk ini mungkin boleh menyinggung sesetengah pihak.

Sesetengah catatan yang aku tulis bukan direka atau mainan kerana semuanya dari pengalaman, kisah hidup dan pandangan peribadi. Sebarang kutukan atau kritikan aku terima dengan hati yang terbuka. Aku nie manusia biasa, aku terima segala kekurangan dan kelemahan aku.

Segala persamaan yang wujud dengan jurnal-jurnal lain adalah kebetulan sahaja. Aku tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kesan yang terjadi buat mereka yang telah membaca catatan di jurnal buruk ini. Semoga berbahagia dan selamat datang.

[ Berikan Komen Anda ] "[ Cool ] Bicara Kata"

hantar komen
     
  Top Jenaka Pilihan  
 

 

 
  cool's stuff online  
   
  koleksi e-mail pilihan